suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA: Kecik Idam Jaring Gol Di Bukit Jalil

KOTA BAHARU: Pemain sayap The Red Warriors (TRW), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau lebih mesra dengan panggilan 'Kecik' begitu mengidam untuk menjaringkan gol pada final Piala FA menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.


Hasrat itu membuak-buak bagi pemain berusia 24 tahun ini kerana ia merupakan penampilan sulungnya dalam perlawanan akhir. 

"Saya berazam untuk menjaringkan gol sekiranya diberi peluang beraksi. Ia merupakan penampilan pertama saya di pentas final dan ini peluang terbaik saya untuk membuktikan keupayaan sebenar serta menghadiahkan kemenangan kepada  penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami," katanya kepada Bernama.

Kecik berkata segala pengalamannya ketika beraksi bersama Harimau Muda A  akan dimanfaat sebaik mungkin. "Apa yang penting saya perlu fokus dan memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut dan mengetepikan perasaan takut," katanya.

Namun beliau berkata TRW tidak boleh memandang mudah keupayaan Lions XII kerana pasukan itu memiliki semangat juang yang tinggi.

"Semangat berpasukan yang dimiliki mereka cukup tinggi terutama dalam disiplin bertahan mahupun menyerang. Kita perlu lebih berwaspada dan tidak leka," katanya.

Kelantan mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang.

Artikel Berikut

Artikel Lain