suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka NZ: Cabaran Hoon/Lim Berakhir

KUALA LUMPUR: Cabaran satu-satunya wakil negara Hoon Thien How/Lim Khim Wah pada Kejohanan Grand Priz Emas Terbuka New Zealand di Auckland berakhir pada Sabtu.

Bekas beregu kebangsaan itu, yang kini mewakili kelab persendirian tempatan, tidak dapat menandingi kemampuan pasangan Indonesia Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto yang menang dengan 15-21 dan 18-21.

Pasangan Indonesia itu akan beraksi pada perlawanan akhir menentang Huang Kaixiang/Zheng Si Wei dari China yang menundukkan pasangan Taiwan Lu Ching Yao/Tien Tzu Chieh 21-10 dan 21-8.

Dalam acara perseorangan lelaki, pemain Korea Selatan Lee Hyun Il menewaskan pilihan utama Hsu Jen Hao dari Taiwan untuk melangkah ke perlawanan akhir bagi bertemu pemain bukan pilihan dari China, Qiao Bin.

Qiao Bin diheret ke tiga set sebelum dapat menundukkan pemain Thailand Boonsak Ponsana 21-18, 16-21 dan 21-10 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super 2015

Artikel Berikut

Artikel Lain