suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Berminat Dapatkan Paul Pogba

Paul Pogba.

PENGURUS sukan Barcelona, Ariedo Braida mengesahkan kelab itu berminat untuk mendapatkan pemain tengah Juventus, Paul Pogba.

Kelab gergasi Sepanyol itu sedang mengadakan rundingan bersama ketua pengarah Juventus, Giuseppe Marotta.

Sejak meninggalkan Manchester United pada 2012, Pogba menjadi salah seorang pemain prospek dalam arena dunia bola sepak.

Pogba pernah dikaitkan dengan berita mengenai pemain itu akan kembali dalam kelab Liga Perdana Inggeris dan berpotensi untuk berpindah ke kelab gergasi Ligue1 Perancis, Paris Saint Germain.

Barcelona kini bersaing untuk mendapatkan Pogba, yang bernilai lebih £60 juta (RM326.36 juta) sekiranya dia mahu meninggalkan Juventus.

"Kita berminat untuk mendapatkan Pogba. Tetapi banyak kelab yang besar turut berminat jaguh seperti Pogba," kata Braida kepada Tuttosport.

"Marotta adlaah kawan saya dan kami bercakap mengenai banyak perkara. Kami juga ada membincangkan tentang Pogba.

"Dia (Pogba) masih muda, tetapi sudah menunjukkan prestasi pada tahap tertinggi. Ia merupakan sesuatu yang amat penting untuk bekerjasama buat Barcelona," katanya. - DAILY MAIL

Barcelona, Juventus, Paul Pogba

Artikel Lain