suria

Tiada Jaminan Di Maria Kekal Di Man United - Van Gaal

LOUIS Van Gaal tidak menjamin bahawa Angel Di Maria akan kekal di Manchester United pada musim depan walaupun dibeli pada harga yang memecah rekod pembelian pemain di England pada awal musim lalu.

Hal ini kerana, bekas pemain Real Madrid itu gagal menyerlah setelah tiba di Old Trafford nilai perpindahan sebanyak £59.7 juta.

"Dia (Di Maria) tidak boleh berkata telah melalui musim yang hebat di sini.

"Kelab dan pengurus memberi peluang kepadanya untuk memutuskan sendiri sama ada mahu bermain atau tidak. Sekarang juga kita akan lihat apa yang akan dia putuskan," jelas Van Gaal.

Di Maria menjadi buruan Paris Saint-Germain sejak tahun lalu dan kelab gergasi itu sedia membelinya dari United.

Pemain Argentina itu gagal menyerlah selepas dikejutkan dengan kejadian cubaan rompakan di rumah yang disewanya.

Sejak itu, dia dilaporkan bimbang mengenai tahap keselamatan anak dan isteri.

Man United, Angel Di Maria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain