suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Liga Belgium Maut Selepas Rebah Di Padang

Merten.

LIGA bola sepak Belgium menerima berita sedih apabila seorang pemain kelab negara itu yang pengsan di padang disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Dalam kejadian itu pada Isnin, pemain pertahanan Sporting Lokeren, Gregory Merten, 24, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas rebah di atas padang ketika perlawanan liga tempatan.

Bekas pemain B-21 Belgium itu kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan koma.

Dia telah diberi mesin sokongan hayat apabila pasukan perubatan gagal menyedarkannya.

Bagaimanapun pada jumaat, Sporting Lokeren mengumumkan bahawa Merten telah meninggal dunia selepas mesin sokongan hayat dimatikan.

Perlawanan antara Lokeren menentang Westerlo yang tertangguh dijadualkan bersambung pada Jumaat, bagaimanapun ia mungkin ditangguh buat kali kedua selepas pengumuman kemtian pemain terbabit.

Belgium

Artikel Lain