suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Ikut Man United Buru Hugo Lloris

Hugo Lloris. Foto AFP

REAL Madrid yang kini menyasarkan David de Gea sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Iker Casillas membuatkan Manchester United mempertimbangkan untuk mendapatkan Hugo Lloris.

Bagaimanapun, dilaporkan Real Madrid turut mengikut jejak United untuk memburu penjaga gol Tottenham Hotspur itu.

Ini menunjukkan bahawa Real Madrid mulai tidak berasa yakin dengan membawa De Gea ke Santiago Bernabeu.

De Gea yang merupakan penjaga gol berusia 24 tahun itu cukup selesa bermain dengan Manchester United membuatkan Real Madrid perlu mencari alternatif baharu.

Lloris memperlihatkan kualitinya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris, dikhabarkan bersedia untuk menerima tawaran dari kelab gergasi Eropah itu.

Ini bagi memenuhi impiannya untuk kembali di Liga Juara-Juara dan memiliki peluang besar dalam meraih gelaran juara.

Bagaimanapun, masih belum diketahui berapa nilai tawaran daripada Real Madrid kepada Tottenham untuk mendapatkan Lloris.

Pastinya nilainya besar menyamai yang pernah ditawarkan kepada Spurs kepada Olympique Lyonnais pada 2012 dengan 12.5 juta pound (RM68.46 juta) malah lebih banyak disebabkan penampilannya selama ini.

Real Madrid

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain