suria

Borussia Dortmund Sedia Dengar Bidaan Man United, Arsenal

BORUSSIA DORTMUND sedia mendengar bidaan dari Manchester United dan Arsenal yang mahu mendapatkan IIkay Gundogan selepas pemain itu enggan menyambung kontraknya.

Pemain kebangsaan Jerman itu kini hanya mempunyai baki kontrak selama setahun dan ia memaksa Dortmund perlu menjualnya secepat mungkin.

Selain dua kelab tersebut, Gundogan yang merupakan pemain tengah berusia 24 tahun turut mendapat perhatian Chelsea dan Bayern Munich.

United yang telah menyatakan minat terhadap Gundogan dan rakan sepasukannya, Mats Hummels bagaimanapun dilapor belum membuat sebarang bidaan setakat ini.

Dortmund pada Khamis mengesahkan bahawa Gundogan enggan menyambung kontraknya bersama kelab itu.

Pemain yang dianggap arkitek itu menyertai Dortmund dari Nurnberg dengan nilai perpindahan £4 juta pada 2011.

Setakat ini, pemain terbabit berjaya memenangi Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain