suria

Separuh Akhir Piala Eropah: Barca Lwn Bayern, Juventus Lwn Real

> Pep Guardiola dipertemukan dengan bekas kelab lamanya

> Barcelona menumpaskan PSG untuk mara ke separuh akhir

> Juventus layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2003

> Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 5 & 6 Mei

BEKAS pengurus legenda Barcelona, Pep Guardiola telah ditakdirkan untuk dipertemukan kembali bersama kelab lamanya itu dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila undian pada Jumaat meletakkan Bayern Munich bertemu bekas juara Sepanyol itu.

Satu lagi perlawanan separuh akhir akan menyaksikan juara Itali, Juventus bertemu dengan penyandang juara Real Madrid.

Kesemua perlawanan pusingan pertama separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Mei depan.

Bagi Guardiola, pertembungan dua gergasi ini bakal menyaksikan dia kembali ke Nou Camp buat pertama kalinya sejak meninggalkan kelab Catalan itu pada 2012.

Dia yang kini memimpin Bayern telah melakukan sesuatu yang ajaib apabila menumpaskan Porto 6-1 minggu lalu selepas tewas dalam perlawanan pertama 1-3.

Kehebatan dan keajaiban yang dilakukannya itu telah meletakkan Bayern sebagai calon popular untuk muncul juara edisi 2014/15 ini.

Hasil undian ini juga bagaimanapun membuka laluan untuk Barcelona dan Real Madrid bertemu di final buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Eropah.

Artikel Lain