suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Frost Tidak Tolak Ansur Dengan Soal Kecergasan Pemain

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen meminta semua pemain kebangsaan menumpukan perhatian sepenuh terhadap soal mempertingkatkan tahap kecergasan masing-masing.

Beliau berkata kecergasan merupakan faktor utama bagi memastikan barisan pemain dapat menampilkan prestasi konsisten di setiap kejohanan.

Justeru, katanya, Institut Sukan Negara (ISN) mempunyai kepakaran dankemudahan untuk membantu pemain memperbaiki tahap kecergasan.

"Saya memang serius mengenai soal kecergasan...kami mahu memastikan keberkesanan prestasi pemain dan kecergasan boleh membantu pemain memperbaiki permainan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemain mengikuti sesi kecergasan di ISN pada Jumaat.

Sebelum ini, Frost berkata beberapa pemain jelas mempunyai tahap kecergasan yang rendah dan mengarahkan mereka menjalani latihan kecergasan di ISN. --

Morten Frost

Artikel Sebelum

Artikel Lain