Wayne Rooney Abadi Tatu Liverpool Di Lengan - Sukan | mStar

Wayne Rooney Abadi Tatu Liverpool Di Lengan

STARSPORT Online mendedahkan bahawa Ketua Pasukan Manchester United, Wayne Rooney mempunyai tatu burung skuad Liverpool pada lengan kananya.

Perkara berkenaan didedahkan selepas 10 hari penyerang setia United itu membantu skuadnya menewaskan Liverpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketua pasukan England itu juga hampir menjaringkan gol untuk United namun sepakan penalti yang diambil gagal menerjah ke gawang gol Liverpool.

Pada tatu itu juga tercatat perkataan YNWA (You'll Never Walk Alone) yang merupakan laungan keramat penyokong Liverpool.

Selain Rooney, bekas pemain Liverpool Daniel Agger dilapor turut mempunyai tatu sama.

Sebagai rekod Liverpool tidak memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 25 tahun lalu.

Liverpool , Manchester United

Artikel Berkaitan

Artikel Lain