suria

Gervinho Dibaling Pisang Gergasi

BINTANG Roma, Gervinho menjadi mangsa rasis penyokong bola sepak apabila dia dibaling dengan pisang gergasi ketika skuadnya menentang  Feyenoord dalam aksi Liga Eropah.

Tidak cukup dengan itu, keadaan rasis dan tindakan ganas penyokong turut mendorong pengadil perlawanan terpaksa menghentikan permainan selama 10 minit.

Keadaan tegang di stadium bermula apabila pengadil perlawanan Clement Turpin melayangkan kad merah kepada pertahanan Feyenoord Mitchell Te Vrede kerana menggasari Kostas Manola pada minit ke-55.

Perlawanan yang disifatkan tidak menggembirakan itu kemudian sukar diterima oleh penyokong Feyenoord apabila Gervinho menjaringkan gol untuk meletakkan Roma di depan dengan keputusan 2-1.

Ketegangan itu turut berlarutan sehingga tercetus pergaduhan di kalangan penyokong antara kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan kedua kalah mati Liga Eropa itu, Roma layak dengan agregat 3-2.

Dalam perlawanan pertama di Itali kedua-dua pasukan terikat 1-1.


Roma, Feyenoord

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain