suria

Di Maria Pemain Terbaik Argentina

Di Maria kalahkan Messi dan Aguero untuk menerima anugerah Pemain Terbaik Argentina.

BUENOS AIRES: Anugerah Pemain Terbaik Argentina kini milik Angel Di Maria berikutan prestasi cemerlangnya ketika mewakili negara dan kelab.

Pengumumman dan anugerah itu disampaikan pada majlis Olimpia de Plata, di mana pemenang dipilih hasil undian wartawan sukan negara itu.

Pemain sayap Manchester United itu mengalahkan pemain lebih ternama Lionel Messi dan Sergio Aguero.

Ini adalah kali pertama Messi tidak memenangi anugerah ini sejak 2006, sungguh pun bintang Barcelona itu telah menjaringkan 56 gol untuk kelab dan negara serta memenangi anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia.

Di Maria membantu bekas kelabnya Madrid mencipta kejayaan bersejarah, memenangi Liga Juara-juara buat kali ke-10 Mei lalu, dan meneruskan kecemerlangannya bersama Argentina semasa Piala Dunia.

Pemain itu dibeli United daripada Real Madrid dengan harga 60 juta pound (RM324 juta) pada musim panas lalu.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain