suria

Van Gaal Tidak Peduli Jika Falcao Merajuk

LOUIS VAN GAAL tidak peduli jika Radamel Falcao kecewa apabila diturunkan sebagai pemain simpanan kerana penyerang itu tidak cergas sepenuhnya dan memberi gambaran dia mampu diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Falcao yang masih berstatus pemain pinjaman dibelenggu masalah kecederaan sejak Oktober lalu dan hanya diturunkan sebagai pemain simpanan termasuk dalam perlawanan menentang Hull City dan Stoke.

Dalam kedua-dua perlawanan itu, penyerang Colombia terbabit hanya diturunkan sebagai pemain simpanan pada akhir permainan, malah dia juga gagal menambah koleksi satu gol sejak sebelum ini.

Van Gaal ketika ditanya adakah Falcao akan kecewa jika tidak diturunkan sebagai pemain utama, jawabnya," Saya tidak peduli. Dia perlu mengikut falsafah saya.

"Dia perlukan kecergasan. Setakat ini kami tidak lakukan banyak latihan. Dia hanya berlatih selama dua hari sebelum diturunkan ketika menetang Hull. Selepas itu kami tidak berlatih.

"Pemain hanya menjalani latihan 'box exercise' ( senaman dalam ruang kecil). Anda tahu apa itu 'box exercise', ia bukan satu sesi latihan.

"Tetapi sejak Rabu kami telah berlatih semula dengan baik, Khamis kami berhenti dan bersambung pada Jumaat.

"Saya tidak boleh memilih Falcao selepas menjalani latihan singkat kerana rentak permainan Liga Perdana Inggeris terlalu tinggi. Dia perlu lebih cergas dan menunjukkan keupayaan yang tinggi," jelasnya.









Artikel Lain