suria

Berita Buruk Buat City: Sergio Aguero Mungkin Terpaksa Rehat Sebulan

Sergio Aguero mengerang kesakitan selepas otot pada lututnya terkoyak dalam perlawanan liga menentang Everton Sabtu lalu.

> Penyerang Manchester City itu terkoyak otot lutut

> Kini sedang menunggu untuk diimbas

> Sergio Aguero alami kecederaan itu dalam perlawanan menentang Everton pada Sabtu

> City mengharapkan Vincent Kompany dan David Silva pulih

JUARA bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City menerima berita buruk pada Ahad apabila dimaklumkan yang penyerang sensasi mereka Sergio Aguero terpaksa direhatkan selama sebulan kerana kekoyakan pada otot lututnya.

City kini berada di tangga kedua liga dengan mengutip 33 mata iaitu hanya tiga mata di belakang Chelsea.

Penyerang antarabangsa Argentina itu mendapat kecederaan tersebut ketika dalam perlawanan menentang Everton pada Sabtu. City menang 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Ini bermakna City terpaksa berputih mata dan mencari alternatif lain di barisan serangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Roma pada awal pagi Rabu nanti.

Jika imbasan yang bakal dilakukan itu mengesahkan kecederaan yang dialami oleh pemain itu, dia juga bakal terlepas beraksi dalam sekurang-kurangnya lima perlawanan liga dan perlawanan Piala FA, pusingan ketiga.

Buat masa ini, lutut Aguero mengalami bengkak yang teruk dan mereka harus menunggu selama 48 jam lagi sebelum boleh melakukan imbasan.

Aguero sendiri berasa tidak sedap diri dan memberitahu rakan-rakan sepasukan yang dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada bahagian otot lututnya itu.

Apa yang boleh diharapkan oleh City ialah untuk melihat David Silva dan kapten pasukan Vincent Kompany kembali beraksi menentang Roma nanti.

Kedua-duanya hanya mempunyai tempoh 24 jam sahaja lagi untuk membuktikanya yang mereka cergas untuk perlawanan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain