Piala AFF Suzuki: Dollah Kecewa Prestasi Pemain - Sukan | mStar

Piala AFF Suzuki: Dollah Kecewa Prestasi Pemain

Dollah melihat aksi pemain-pemainnya pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad.

SHAH ALAM:  Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak Harimau Malaya, Dollah Salleh melahirkan kekecewaannya terhadap kealpaan benteng pertahanan yang menyaksikan pasukan negara tewas 2-1 kepada Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada Ahad malam.

Jurulatih berusia 51 tahun itu berkata kesilapan pemain pertahanan, Mahalli Jasuli pada separuh masa kedua memberi kesan yang amat besar kepada pasukan negara yang kini berhadapan misi hidup atau mati dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, Khamis ini.

"Saya anggap persembahan terburuk kami terutama dalam bahagian serangan dan pertahanan.  Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada pemain,tetapi kami masih ada 90 minit di Hanoi dan dalam bola sepak apa pun boleh berlaku," kata Dollah kepada wartawan selepas perlawanan.

Bekas jurulatih Polis Diraja Malaysia itu juga terkejut dengan pendekatan serangan pantas Vietnam di bawah bimbingan jurulatih Jepun Toshiya Miura yang jauh berbeza daripada kekalahan 3-0 pasukan negara dalam perlawanan persahabatan menentang Vietnam sebelum ini.

Dollah juga berkata tiga pemain lawan, Nguyen Huy Hung, Pham Thanh Luong andQue Ngoc Hai bermain dengan baik pada perlawanan itu.

"Mereka (Vietnam) adalah lebih baik berbanding semasa kami tewas kepada mereka sebelum ini dan kami bernasib baik mereka tidak menyumbat lebih banyak gol," katanya.

Sementara itu Miura berkata, beliau amat berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan pada masa sama mengakui mereka mensia-siakan banyak peluang menjaringkan gol terutamanya pada separuh masa kedua.

"Pada saya, kemenangan tipis menentang Malaysia bukanlah satu jaminan untuk satu slot final bagi kami kerana kami perlu bekerja lebih keras menentang lawan dalam perlawanan timbal balik di tempat sendiri," kata Miura.

Pandangan beliau dikongsi oleh kapten Vietnam, Le Chong Vinh yang berterima kasih kepada peminat Vietnam yang sanggup datang ke Malaysia untuk menyokong mereka.

Dia juga terkejut dengan kehadiran begitu ramai penyokong dalam perlawanan malam ini yang digambarkannya seperti perlawanan dalam Liga Jepun (J-League).

"Saya juga gembira dengan rakan sepasukan yang telah menyumbang kepada kemenangan yang penting ini tetapi kami perlu ingat Malaysia bukan lawan yang mudah, jadi kami perlu berhati-hati apabila berhadapan mereka dalam perlawanan timbal balik," kata Chong Vinh.

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Liga Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain