suria

Piala Axiata: Thailand Muncul Juara Atasi Indonesia

JUARA... Pasukan Thailand meraikan kejayaan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Stadium Badminton Kuala Lumpur (KLBA), Cheras di sini, pada Ahad. Pasukan Thailand membawa pulang Piala Axiata 2014 dan wang tunai US$400,000 setelah menewaskan Indonesia dengan mata keseluruhan 140 - 138. - Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Thailand mencipta kejutan apabila muncul juara baharu Piala Axiata selepas menewaskan pasukan pilihan, Indonesia dalam perlawanan akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam Ahad.

Thailand berjaya menjulang trofi itu selepas menang dengan mata terkumpul 140-138 selepas kedua-dua pasukan seri 2-2. 

Keputusan Akhir


THAILAND......... 2 INDONESIA.............. 2


Tanongsak Saensomboonsuk (THA) mn Tommy Sugiarto (INA) 22-20, 21-13

Ratchanok Intanon (THA) mn Hana Ramadini (INA) 21-9, 21-12

Hendra Setiawan-Markis Kido (INA) mn Wannawat Ampunsuwan-PatiphatChalardclaeam (THA) 21-16, 21-12

Ricky Widianto-Richi Puspita Dili (INA) mn Maneepong Jongjit-SapsireeTaerattanachai (THA) 21-17, 21-10.


Piala Axiata, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain