suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Sedia Ikat Valdes

LIVERPOOL akan mengakhiri pencarian penjaga golnya dengan menandatangani Victor Valdes pada bulan depan.

Pengendali The Reds, Brendan Rodgers sedia membawa bekas penjaga gol Barcelona itu secara percuma bagi memberi saingan kepada Simon Mignolet supaya lebih proaktif.

Penjaga gol Sepanyol yang telah tamat kontrak pada penhujung musim lalu, kini sedang mengalami kecederaan ligamen lutut dan turut terlepas mewakili negaranya ketika saingan Piala Dunia.

Berikutan itu, Liverpool sedang menunggu sehingga akhir Oktober untuk membenarkan Valdes menjalani ujian perubatan bagi mengesan tahap kecergasan dan kecederaan yang dialami.

Valdes, 32, sebelum ini dikaitkan akan berhijrah ke Monaco, tetapi kelab tersebut enggan meneruskan perbincangan kerana dia berada dalam kecederaan.

Liverpool yakin kelab itu tidak akan menghadapi saingan untuk mendapatkan Valdes yang berpengalaman dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah sebanyak tiga kali.

Liverpool, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain