Golf Terbuka Malaysia: Trio Negara Kongsi Kedudukan Ke-47 - Sukan | mStar

Golf Terbuka Malaysia: Trio Negara Kongsi Kedudukan Ke-47

Green menerima trofi daripada Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yakob selepas tamat aksi Terbuka Malaysia pada Ahad. Foto: S.S.KANESAN/The Star

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu negara NicholasFung, Khor Kheng Hwai dan pemain amatur terbaik negara Gavin Kyle Green terikat di kedudukan ke-47 pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2014.

Trio negara itu menamatkan empat pusingan kejohanan bernilai US$2.75 juta(RM8.9 juta) di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara di sini dengan mengumpul catatan satu di atas par 289.

Atas pencapaian itu, mereka masing-masing menerima hadiah wang tunaiUS$12,375 (RM40,100).

Manakala, Green muncul sebagai pemain terbaik Malaysia buat tahun kedua berturut-turut walaupun pelajar University of New Mexico berusia 20 tahun itu berusaha mendapatkan sentuhannya.

"Saya rasa kejohanan ini betul-betul menarik sekali kerana dapat menampilkan persembahan mantap sepanjang minggu. Walaupun begitu saya gagal melakukan pukulan yang sewajarnya dan tidak menyudahkan pukulan putt seperti diharapkan,"kata pemenang pingat perak Sukan SEA Myanmar, tahun lepas.

Sementara itu, Fung meminta pemain profesional tempatan supaya lebih menyertai kejohanan Jelajah ADT dan Jelajah Asia. Memandangkan belum ada wakil tempatan menjuarai Terbuka Malaysia, pemain berusia 23 tahun itu percaya penglibatan pemain tempatan dalam kejohanan yang sengit di luar negara akan membantu meningkatkan prestasi masing-masing.

"Kita memerlukan lebih ramai pemain Malaysia bersaing di Jelajah Asia,Eropah atau Jelajah PGA," kata Fung yang merekodkan satu di atas par 73 padapusingan terakhir. Dalam pada itu, Khor, yang mencatatkan satu bawah par 71, bangga kerana dapat beraksi dalam kesemua empat pusingan pada penampilan ketiganya pada kejohanan itu.

"Tahap keyakinan saya sudah pasti melangkah ke satu lagi peringkat. Saya mahu menjadi pemain 'regular' dalam Terbuka Malaysia. Saya gembira kerana dapat beraksi di pentas antarabangsa dan ia memang mencabar," katanya.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris, Isnin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain