suria

Sharapova Lantik Groeneveld Jurulatih Baharu

JUARA empat kali Grand Slam, Maria Sharapova melantik Sven Groeneveld sebagai jurulatih baharunya bagi musim 2014.

Bintang tenis no.1 Rusia membuat pengumuman itu di laman Facebook miliknya pada Khamis setelah Jimmy Connors tidak lagi melatihnya sejak Ogos lalu.

Connors hanya bersama pemain berusia 26 tahun itu hanya sebulan ketika kejohanan Wimbledon Julai lalu.

"Saya gembira mengumumkan rakan baharu, Sven Groeneveld. Kami telah bekerjasama sejak saya kembali ke gelanggang.

"Begitu teruja apabila dia menjadi sebahagian daripada pasukan saya," jelas Sharapova.

Groeneveld sebelum ini pernah bekerja dengan bintang tenis yang lain seperti Monica Sales, Mary Pierce dan Ana Ivanovic.

Sharapova menarik diri dari aksi Terbuka Amaerika Syarikat baru-baru ini kerana kecederaan di bahu dan sejak itu dia tidak beraksi.

Dia dijadualkan akan kembali ke gelanggang pada aksi Kejohanan Antarabangsa Brisbane sebagai persiapan untuk Grand Slam pertama tahun depan iaitu Terbuka Australia.

Artikel Berikut

Annuar Sanggup Berundur Demi FAM

Artikel Lain