suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazwan Tekad Mahu Ulangi Pencapaian 2009

KUALA TERENGGANU: Bekas juara Match-Racing Malaysia (MMRC) 2009 Hazwan Hazim Dermawan bertekad mahu mengulangi kejayaaan itu pada siri Liga Layar Malaysia (LLM) di Pulau Duyong di sini esok.

LLM merupakan pusingan kelayakan Piala Monsun 2013 dari 25 hingga 30 November ini.

Pelayar berusia 26 tahun itu yang akan mengemudi pasukan Permai Hotel Match Racing Team (PHMRT) mengharapkan penyertaan kali keempat bersama pasukan itu mampu memberikan keputusan positif, sekali gus dapat melayakkan diri ke Piala Monsun 2013.

Juara siri itu akan mewakili negara pada Piala Monsun 2013.

"Kami harap dapat layak ke Piala Monsun," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Skipper muda itu berkata pasukannya mempunyai seorang kru baharu, Hakimi Ahmad Syukri, selaku 'trimmer' dan mengekalkan tiga lagi kru lama iaitu Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan (trimmer), Hazaizul Muhammad (pitman) dan Syed Ahmad Syahmi Syed Ahmad Hilmi (bowman).

Selain PHMRT, siri LLM itu disertai oleh Koo Racing Team Malaysia, Malaysia Army Force Team, Ri-Yaz Heritage Sailing Team, Last Go Sailing Team (Selangor), Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain