Marquez Rangkul Gelaran Juara Dunia MotoGP - Sukan | mStar

Marquez Rangkul Gelaran Juara Dunia MotoGP

Marquez menjulang trofi yang dimenanginya.
Marquez menjulang trofi yang dimenanginya.

PELUMBA Sepanyol, Marc Marquez menjadi juara dunia kelas MotoGP termuda pada usia 20 tahun apabila walaupun menduduki tempat ketiga pada aksi final perlumbaan musim ini di Grand Prix Valencia pada Ahad.

pada perlumbaan tersebut, tempat pertama dimenangi pelumba Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo manakala Dani Pedrosa menduduki tempat kedua.

Pelumba Honda itu memulakan saingan di petak kesembilan bersaing sengit dengan juara bertahan Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa ketika berada di pusingan ke-11.

Marquez memenangi gelaran juara dunia selepas memperoleh 334 mata, empat mata di depan Lorenzo.

Dia berjaya memintas rekod 30 tahun Freddie Spencer yang memenangi gelaran tersebut pada usia 21 tahun.

"Ia adalah perlumbaan paling lama tahun ini untuk saya.

"Ia tahun yang cemerlang. Saya menerima gelaran ini lebih awal daripada yang dijangka.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan dan para penyokong," katanya.

Artikel Sebelum

Lorenzo Ungguli Grand Prix Valencia

Artikel Berikut

Moto2: Azlan Tamat Di Kedudukan Ke-25

Artikel Berkaitan

default image

Aksi Wildcard Terakhir Hafizh Di Valencia

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin