suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Siap Sedia Hadapi Cabaran Kelayakan Piala Monson

KUALA TERENGGANU: Terengganu bersiap sedia untuk memberi cabaran dalam kejohanan kelayakan Piala Monsoon 2013 yang akan diadakan di Pulau Duyong, di sini bermula Jumaat.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata tujuh pasukan tempatan termasuk Terengganu akan berentap dalam kejohanan selama empat hari itu.

"Matlamat kejohanan ialah untuk memilih sebuah pasukan terbaik bagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Monsoon yang akan diadakan di tempat yang sama penghujung bulan ini," katanya.

Menurut Zainal, pasukan Terengganu telah menjalankan latihan intensif sejak dua bulan lepas sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan itu.

Katanya penyertaan Terengganu dalam kejohanan itu bukan sahaja untuk mendedahkan pelayar dalam acara antarabangsa, malah melahirkan atlet pelayaran bertaraf antarabangsa, pada masa hadapan.

Beliau berkata, bekas pemenang pingat emas sukan pelayaran Sukma 2012 telah dipilih dan diberi penghormatan untuk menganggotai pasukan Terengganu kali ini.-BERNAMA

Artikel Lain