Ireland Umum Pelantikan Martin O'Neill & Roy Keane Urus Skuad Kebangsaan - Sukan | mStar

Ireland Umum Pelantikan Martin O'Neill & Roy Keane Urus Skuad Kebangsaan

Keane (kiri) dan O'Neill akan bekerjasama mengurus skuad kebangsaan Republik Ireland.
Keane (kiri) dan O'Neill akan bekerjasama mengurus skuad kebangsaan Republik Ireland.

PERSATUAN Bolasepak Ireland pada Rabu mengumumkan pelantikan bekas pengurus Leicester, Celtic, Aston Villa dan Sunderland, Martin O'Neill sebagai pengurus kebangsaan Republik Ireland yang baru berkuatkuasa serta merta.

Persatuan itu juga turut mengumumkan pelantikan bekas kapten Manchester United, Roy Keane sebagai penolong pengurus.

Adalah difahamkan O'Neill telah menandatangani kontrak selama dua tahun.

Kali terakhir O'Neill mengurus sebuah pasukan ialah tujuh bulan yang lalu bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland.

Pelantikan Keane bagaimanapun bakal mencetuskan kontroversi setelah rakan-rakan rapat O'Neill tanpa henti telah menghantar sms kepadanya mempertikaikan kewarasannya untuk menerima Keane sebagai orang nombor dua.

Ini memandangkan sejarah silam Keane yang memiliki hubungan yang tegang bukan sahaja dengan persatuan kebangsaan malah dengan para pemain.

Bagaimanapun O'Neill yang mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengan Keane yakin yang mereka bakal menjadi gandingan yang sesuai untuk skuad kebangsaan.

Sementara itu Keane dalam reaksi segera menyifatkan pelantikannya itu sebagai sesuatu yang menakjubkan dan merupakan satu penghormatan untuk dipilih secara peribadi oleh O'Neill.

O'Neill mengantikan Giovanni Trapattoni, yang melepaskan jawatan itu September lalu selepas gagal membawa Republik Ireland ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.

Ireland , Martin O'Neill , Roy Keane

Artikel Sebelum

Hart Direhatkan Seketika - Pellegrini

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara, Khamis

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain