suria

Hart Direhatkan Seketika - Pellegrini

Hart bakal direhatkan seketika daripada pasukan utama.
Hart bakal direhatkan seketika daripada pasukan utama.
Hart bakal direhatkan seketika daripada pasukan utama.

PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini mengakui penjaga golnya, Jor Hart bakal berada di bangku simpanan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara bertemu CSKA Moscow awal pagi Rabu.

Penjaga gol England itu mula hilang posisi utama sejak Sabtu lalu selepas dikatakan menjadi punca terhadap beberapa siri kekalahan sebelum ini.

Sabtu lalu Hart hanya menjadi pemerhati kemenangan 7-0 ke atas Norwich pada aksi Liga Perdana dengan Costel Pantilimon menggantikan kedudukannya.

"Saya tidak pasti bila Joe Hart akan kepada bersama pasukan.

"Ini saat penting baginya untuk berehat seketika selepas dia bermain sepenuhnya sejak dua tahun lebih.

"Saya rasa reaksinya baik. Dia terus berusaha untuk perbaiki dan turut memberi sokongan kepada Costel Pantilimon.

"Tiada siapa yang mahu keluar daripada pasukan utama tetapi dia sedar jalan ini adalah yang terbaik buatnya.

"Kita akan lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Buat hari ini, Pantilimon akan bermain," jelas Pellegrini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain