Sukan Perpaduan: Chiew Sien Jadi Sandaran Utama Raih Pingat - Sukan | mStar

Sukan Perpaduan: Chiew Sien Jadi Sandaran Utama Raih Pingat

PALEMBANG: Skuad badminton negara di Temasya Sukan Perpaduan Islam (ISG 2013) mempertaruhkan Lim Chiew Sien sebagai sandaran pingat pada aksi final acara perseorangan wanita yang akan berlangsung di GOR Dempo Jakabaring dekat sini pada Ahad.

Jurulatih perseorangan wanita negara, Woon Sze Mei berkata sasaran itu diletak berdasarkan rekod prestasi cemerlang yang ditunjukkan Lim sebelum ini dan kejayaan beliau menewaskan pemain Turki Ozge Bayrak 21-19, 21-19 pada aksi final acara berpasukan wanita semalam (Khamis).

Pasukan badminton wanita negara beraksi cemerlang semalam apabila meraih pingat emas selepas mengalahkan pasukan Turki 5-0, manakala pasukan badminton lelaki turut menyumbang pingat emas setelah mencatat kemenangan 4-1 ke atas Turki.

Woon berkata peluang anak didiknya menjuarai acara perseorangan wanita adalah 50-50 namun beliau optimis dengan kemampuan Lim turun ke gelanggang nanti.

"Untuk cakap dapat pingat emas saya tak berani janji namun peluang tetap ada selagi perlawanan belum berakhir.

"Saya harap Lim dapat bermain dengan baik esok memandangkan beliau telah berlatih bersungguh-sungguh sebelum ini," katanya.

Beliau turut berharap agar anak didiknya tidak cepat hilang fokus apabila beraksi memandangkan Lim pernah beraksi di beberapa kejohanan besar sebelum ini.

Sementara itu Lim, 19, berkata beliau akan cuba melakukan yang terbaik.

"Esok merupakan perlawanan penting bagi saya. Saya harap dapat lakukan persembahan yang terbaik, saya harap mampu menyumbang sebutir lagi pingat tanpa mengira warna dalam acara perseorangan wanita," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Skuad Renang Sumbang Tiga Lagi Pingat Emas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain