suria

Jaringan Hatrik Mathias Bantu Pahang Tewaskan PKNS 3-2

Penjaring tiga gol Pahang Matias Ruben Conti meraikan bersama penyokong selepas mengalahkan Selangor PKNS FC dengan 3-2 pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan pada malam Jumaat -Foto BERNAMA

KUANTAN: Pahang masih belum mampu menarik nafas lega selepas mengalahkan kelab PKNS Selangor 3-2 pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam Jumaat.

Penyerang import Mathias Ruben Conti menjadi wira skuad Pahang apabila melakukan jaringan hatrik untuk membantu skuad itu memiliki kelebihan tipis satu gol sebelum bertandang ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan kedua, 4 Oktober ini.

Sebaik wisel permulaan ditiupkan, jentera serangan skuad Tok Gajah mula mengamit suasana dengan gol pembukaan seawal minit pertama hasil sentuhan penyudah Mathias yang menyempurnakan hantaran Azidan Sarudin.

Penguasaan Pahang semakin memuncak dengan berjaya mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kubu lawan namun gagal untuk terus menembusi gawang lawan.

PKNS yang seakan tersentak dengan serangan tuan rumah bangkit dengan gol penyamaan menerusi tandukan pemain importnya, Patrick Ronaldinho hasil dari sepakan percuma Mohd Fauzan pada minit ke-36.

Seminit selepas itu, PKNS pula mendahului menerusi ledakan gol oleh Mohd Lot Abu Hassan untuk menguasai perlawanan bagi kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua, sokongan kira-kira 30,000 penyokong tuan rumah terus menyemarakkan semangat pemain Pahang yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-49 hasil tandukan Mathias.

Berselang lapan minit kemudian, pasukan tuan rumah kembali di hadapan menerusi jaringan hatrik Mathias dengan menyambar bola yang ditepis oleh penjaga gol PKNS. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain