Ashaari Shamsudin Kekal Bersama Pasukan Terengganu Tahun Depan - Sukan | mStar

Ashaari Shamsudin Kekal Bersama Pasukan Terengganu Tahun Depan

KUALA TERENGGANU: Pemain serba boleh, Muhamad Ashaari Shamsuddin kekal bersama pasukan bola sepak Terengganu untuk musim depan.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, turut dikekalkan dalam pasukan itu ialah pemain import Vencet Vikana.

Terengganu masih memerlukan khidmat dan tenaga Ashaari untuk memantapkan pasukan manakala Vikana pula telah memberikan sumbangan besar kepada pasukan Terengganu sepanjang Liga Malaysia musim ini, katanya.

Marzuki berkata selain itu, pihaknya telah selesai membuat penilaian prestasi pemain-pemain skuad Terengganu dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bermesyuarat minggu depan.

"Mesyuarat itu akan dipengerusikan Yang Dipertua PBSNT yanga baru, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Hamid," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Ditanya mengenai laporan akhbar kononnya Terengganu melamar ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi untuk musim depan, beliau berkata: "Biarlah kita senyapkan dulu perkara itu". - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain