suria

Rooney Dalam Kelompok Pemain Lagenda United

Wayne Rooney
Wayne Rooney
Wayne Rooney

PENGURUS Manchester United, David Moyes meraih kemenangan pada aksi pertama Liga Juara-Juara (CL) bagi Kumpulan A selepas menewaskan Bayer Leverkusen 4-2, awal pagi Rabu.

Lebih manis, dua gol kemenangan tersebut adalah hasil daripada penyerang sensasinya, Wayne Rooney pada minit ke-22 dan '70.

Dua lagi jaringan dilakukan oleh Robin van Persie (m-59) dan Valencia pada minit ke-79.

Manakala dua gol kelab Jerman tersebut disumbat oleh Simon Rolfes (m-54) dan Omer Toprak minit ke-88.

Jaringan Rooney itu sekaligus meletakkan dia sebaris dengan pemain-pemain lagenda United sebelum ini, dengan jumlah jaringan 200 dalam 406 penampilan.

Lagenda United, Bobby Charlton (1956–1973) masih menguasai kedudukan jaringan gol dengan 249 dengan 758 penampilan, diikuti bekas bintang United (1962-1973) Denis Law dengan 404 aksi.

Manakala di kedudukan kelima ialah George Best 470 aksi dengan 179 gol

Best bermain dengan United pada tahun 1963-1974.

Senarai pemain:

Manchester United: De Gea 5, Smalling 7, Ferdinand 6, Vidic 6, Evra 7, Carrick 6, Fellaini 6, Valencia 7, Kagawa 6, Rooney 8, Van Persie 7; Subs: Young 7, Cleverley, Hernandez

Leverkusen: Leno 4, Spahic 5, Boesnich 6, Toprak 6, Reinartz 6, Donati 6, Rolfes 7, Can 6, Sam 5, Ming 6, Kiessling 5; Subs: Bender 6, Derdiyok, Kruse

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain