suria

Ahmad Said Mahu Pemain Import Berkaliber Buat Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mahu pucuk pimpinan baru Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid memilih pemain import yang berkaliber buat pasukan negeri ini untuk mengharungi kancah Liga Malaysia musim depan.

"Saya telah memberi amaran kepada beliau supaya memilih pemain import yang benar-benar berkaliber sahaja", katanya.

Wan Ahmad Nizam yang juga Setiausaha Politik Ahmad dipilih sebagai presiden PBSNT dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 pada Sabtu lalu menggantikan Datuk Che Mat Jusoh yang memegang jawatan itu lebih 14 tahun.

"Mereka (pihak pengurusan PBSNT) telah ke Croatia dan Bosnia untuk mencari pemain. Saya dah beritahu, jangan harapkan pemain yang dihantar oleh agen atau yang diperoleh berdasarkan gambar video dan sebagainya.

"Saya cakap, kalau dia (Wan Ahmad Nizam) silap pilih (pemain import), dia kena," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di sini Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain