suria

MMER 2013: Lester Bimbang Cuaca Tidak Menentu

KUALA LUMPUR: Pelumba baru pasukan juara bertahan, Petronas Syntium, Jono Lester percaya keadaan cuaca akan menjadi faktor penentu pada perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance (MMER) 2013 di Litar Sepang, hujung minggu ini.

Pelumba New Zealand, yang akan melakukan penampilan pertama di sini, berkata satu-satunya perkara yang beliau tahu mengenai Malaysia adalah cuaca yang sentiasa tidak menentu.

"Itu adalah menjadi kebimbangan utama saya dan saya bersedia membantu pasukan mempertahankan gelaran.

"Saya tidak sabar untuk membuat penampilan sulung dalam acara ikonik ini dan peluang ini sebagai yang terbesar dalam kerjaya saya setakat ini," kata pelumba berusia 23 tahun dalam kenyataan di sini, Khamis.

Perlumbaan 12 jam itu pada litar 5.543km itu akan bermula tengah malam pada Hari Kemerdekaan (Sabtu) dan berakhir pada jam 12 tengah hari, hari berikutnya.

Lester akan berganding dengan Duta Jenama Mercedes-Benz AMG, Bernd Schneider dan rakan sepasukan siri Super Taiku, Dominic Ang. - BERNAMA

Artikel Lain