suria

Liga Juara-Juara Eropah: Arsenal Mara Ke Peringkat Kumpulan

DUA gol jaringan pemain antarabangsa Wales, Aaron Ramsey memadai untuk membolehkan Arsenal menempah tempat ke peringkat kumpulan dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas mereka menumpaskan wakil Turki, Fenerbahce dengan agregat 5-0.

Dalam perlawanan pusingan pertama minggu lalu, Arsenal telah pun menang 3-0.

Bagaimanapun kemenangan tersebut disambut dengan pengorbanan besar apabila penyerang Jerman Lukas Podolski disahkan mengalami kecederaan otot yang akan menyebabkannya terpaksa direhatkan selama tiga minggu.

Sejak tumpas di perlawanan pembukaan liga tiga minggu lalu di tangan Aston Villa, ini adalah kemenangan ketiga Arsenal berturut-turut menjelang pertemuan mereka dengan Tottenham Ahad ini.

BARISAN ARSENAL: Szczesny, Sagna, Mertesacker, Monreal, Jenkinson, Wilshere, Walcott (Miyaichi - 74'), Ramsey, Cazorla, Podolski (Gibbs - 49'), Giroud (Sanogo - 60').

Simpanan: Fabianski, Koscielny, Gibbs, Rosicky, Frimpong, Sanogo, Miyaichi.

BARISAN FENERBAHCE: Demirel, Korkmaz, Alves, Gonul, Meireles, Cristian (Potuk - 67'), Sahin, Erkin, Sow (Topuz - 83'), Kuyt (Webo - 66'), Emenike.

Simpanan: Gunok, Kaldirim, Irtegun,Potuk, Topuz,Ucan,Webo.

Artikel Lain