suria

Schurrle Pemain Pertama Dipilih Mourinho

Andre Schurrle
Andre Schurrle
Andre Schurrle

KELAB Chelsea mengesahkan telah mengikat penyerang Jerman, Andre Schurrle dari kelab Bayer Leverkusen.

Pemain berusia 22 tahun itu telah lama menjadi perhatian The Blues dan dia bakal menjadi pemain pertama diikat pengurus baru, Jose Mourinho dengan nilai £18 juta (RM88 juta).

Menurut kenyataan kelab: "Kelab Chelsea dan Bayer 04 Leverkusen telah mencapai persetujuan bagi perpindahan Andre Schurrle, berdasarkan dokumen yang sah, perkara berkaitan termasuk syarat peribadi."

Schurrle telah mencatat 24 kap serta turut menjaringkan tujuh gol bersama Jerman.

Dia memulakan kerjayanya di Mainz dengan melakukan jaringan 20 gol dalam 65 penampilan sebelum berpindah ke Leverkusen pada permulaan awal musim 2011-2012.

Pemain serba boleh ini turut meledak 11 gol musim lalu.

Artikel Lain