suria

Terbuka Perancis: Nadal Bertemu Rakan Senegara Pada Aksi Final

Wajah kecewa Djokovic selepas ditewaskan Nadal pada aksi separuh akhir Terbuka Tenis, Jumaat.
Wajah kecewa Djokovic selepas ditewaskan Nadal pada aksi separuh akhir Terbuka Tenis, Jumaat.
Wajah kecewa Djokovic selepas ditewaskan Nadal pada aksi separuh akhir Terbuka Tenis, Jumaat.

JUARA bertahan tujuh kali kejohanan tenis Terbuka Perancis, Rafael Nadal akan bertemu rakan senegaranya, David Ferrer pada aksi akhir selepas menewaskan Novak Djokovic, 6-4, 3-6, 6-1, 6-7 (3/7), 9-7.

Bintang Sepanyol itu mengetepikan pemain nomobor satu dunia pada aksi separuh akhir dengan penuh drama dalam tempouh empat jam setengah.

"Kejayaan ini sangat istimewa kepada saya. Novak merupakan seorang pejuang dan saya yakin dia akan menang lagi satu hari nanti.

"Tetapi saya tetap bersedia untuk bersaing." jelasnya.

Sementara itu Novak yang kecewa dengan kekelahann ini berkata:"Saya tewas perlawanan selepas lima jam beraksi.

"Saya sangat terlalu inginkan gelaran ini kerana ia sangat luar biasa, tetapi sebaliknya berlaku".

Sekiranya Nadal berjaya menempuh aksi final dengan baik, dia bakal menjadi pemain tenis pertama dunia untuk meraih gelaran juara lapan kali kejohanan ini.

Selain itu pada aksi satu lagi perlawanan separuh akhir kedua, Ferrer menundukkan pemain tuan rumah, Jo-Wilfried Tsonga yang berkesudahan 6-1, 7-6 (7/3), 6-2.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal Mampu Bayar Rooney

Artikel Lain