Pastikan Atlet Negeri Bebas Daripada Bahan Terlarang - MSN - Sukan | mStar

Pastikan Atlet Negeri Bebas Daripada Bahan Terlarang - MSN

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) meminta pengarah sukan negeri memastikan atlet mereka bebas daripada penggunaan bahan terlarang pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di sini, hujung bulan depan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Acara MSN, Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata pihaknya sudah meminta wakil negeri menasihatkan atlet supaya tidak mengambil bahan terlarang atau mengadakan ujian doping sebelum menyertai temasya itu.

"Kami tidak menjalankan ujian doping terhadap semua atlet kerana kos ujian tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira RM1,000 bagi setiap atlet.

"Untuk menjimatkan kos, kami sudah meminta pengarah sukan negeri menjalankan tanggungjawab terhadap atlet masing-masing dan kami hanya menjalankan ujian itu secara rambang," kata Abdul Jalil semasa taklimat Sukma 2013 di MSN, Bukit Jalil pada Rabu.

Taklimat itu adalah bagi mengumumkan venue dan acara yang bakal dipertandingkan pada Sukma ke-16 yang berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai.

Temasya sukan melibatkan anggaran kos RM9 juta itu menawarkan masing-masing 132 pingat emas dan perak serta 206 gangsa bagi 23 acara.

Tiga acara baharu diperkenalkan pada temasya kali ini iaitu bola sepak pantai, woodball dan Muay Thai.

Acara lain ialah akuatik (polo air dan renang berirama), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar (pantai dan dewan), ekuestrian, judo, silambam, kabadi, kriket, gimnastik, ragbi, ping pong, mendayung, sofbol dan lawan pedang.

Abdul Jalil berkata majlis pembukaan dan penutup temasya yang dijangka disertai 6,790 atlet dan pengawai itu akan diadakan di stadium Mini, MSN.

"Pertambahan acara baharu yang memerlukan kos tinggi seperti ekuestrian menjadikan kos pada tahun ini lebih sedikit berbanding penganjuran pada 2011 (lebih RM8 juta)," katanya.

MSN juga akan mengadakan pertandingan fotografi melibatkan media sempena temasya itu dengan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta hadiah sagu hati RM500 untuk 10 gambar terbaik.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain