suria

PSG Tolak Tawaran Real Untuk Dapatkan Ancelotti

Ancelotti menjadi sasaran Real Madrid musim depan.
Ancelotti menjadi sasaran Real Madrid musim depan.
Ancelotti menjadi sasaran Real Madrid musim depan.

KELAB Paris St Germain telah menolak tawaran untuk mendapatkan pengurus Carlo Ancelloti, jelas presiden kelab, Nasser Al Khelaifi.

"Mereka (Real) datang dan berbincang perkara ini. Dia (Ancelotti) masih lagi mempunyai kontrak setahun dengan kami...bagi saya, dia akan berada di sini tahun depan," jelas Al Khelaifi kepada Reuters.

"Dia seorang yang menakjubkan dan saya pasti dia akan menghormati kontraknya."

Ancelloti telah dikaitkan dengan Real sejak beberapa minggu ini selepas media melaporkan Jose Mourinho akan meninggalklan kelab Sepanyol itu bagi menyertai pasukan Chelsea.

Bagaimanapun Ancelloti yang mula menyertai PSG pada Disember 2011, menolak untuk menjawab mengenai kedudukannya ini selepas berjaya menjuarai Ligue 1 buat kali pertama sejak tahun 1994.

"Kami akan berbincang dengan kelab," jelas pengurus kelahiran Itali ini.

Al Khelaifi menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk mengadakan perbincangan dengan Ancelotti mengenai perkara ini.

"Hari ini saya tidak merancang untuk berjumpa kerana dia masih mempunyai kontrak.

"Buat masa ini, kami ingin meraikan dan menikmati kejayaan kelab," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain