Rooney Tidak Akan Dijual - Sukan | mStar

Rooney Tidak Akan Dijual

Rooney berjabat tangan dengan Ferguson sebelum mereka bersama-sama meraikan kemenangan United sebagai juara Liga Perdana Inggeris untuk kali ke-13.
Rooney berjabat tangan dengan Ferguson sebelum mereka bersama-sama meraikan kemenangan United sebagai juara Liga Perdana Inggeris untuk kali ke-13.

MANCHESTER: Pengurus yang bakal meninggalkan Manchester United, Alex Ferguson memberi jaminan Wayne Rooney tidak akan dijual walaupun penyerang England itu mengemukakan permohonan untuk berpindah kerana kecewa selepas diletakkan sebagai pemain simpanan sejak kebelakangan ini.

Malah, Rooney juga tidak disenaraikan dalam perlawanan terakhir Ferguson membimbing United di Old Trafford menentang Swansea, awal pagi Isnin yang menyaksikan United menang 2-1.

“Saya tidak fikir Wayne Rooney berminat untuk beraksi kerana dia meminta untuk berpindah. Dia mungkin mahu berfikir dan itu satu idea yang baik.

“Kami tidak akan melepaskannya, tapi dia sedikit kecewa kerana dikeluarkan dari skuad sekali atau dua kali sejak beberapa minggu lalu," kata Ferguson.

Rooney kemudian turun ke padang sebaik wisel penamat dibunyikan dan berjabat tangan dengan Ferguson sebelum mereka bersama-sama meraikan kemenangan United sebagai juara Liga Perdana Inggeris untuk kali ke-13.

Selepas Ferguson bersara hujung musim ini, masa depan Rooney dilihat akan diputuskan oleh pengurus baru United, David Moyes yang akan meninggalkan Everton untuk ke Old Trafford pada 1 Julai.

Pada saingan awal pagi Isnin, Rio Ferdinand menjaringkan gol pada minit ke-87 sebagai hadiah kemenangan terakhir untuk Ferguson.

Turut kelihatan pada majlis perpisahan terakhir Ferguson adalah pemain veteran, Paul Scholes di Old Trafford.

Sebelum itu United mendahului 1-0 melalui jaringan Javier Hernandez pada minit ke-39, sebelum Michu menyamakan kedudukan empat minit selepas saingan separuh masa kedua bersambung.

Selepas tamat perlawanan Ferguson telah memberi ucapan perpisahan buat penyokong United dan mereka juga meraikan dengan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris selepas muncul juara musim ini.

Artikel Sebelum

PSG Juarai Liga Perancis

Artikel Berikut

Sime Darby Kekal Penguasaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain