suria

Djokovic Mara Ke Pusingan Keempat Terbuka Australia

Djokovic melakukan pukulan servis ke atas Stepanek pada pusingan ketiga Terbuka Australia, Jumaat.
Djokovic melakukan pukulan servis ke atas Stepanek pada pusingan ketiga Terbuka Australia, Jumaat.
Djokovic melakukan pukulan servis ke atas Stepanek pada pusingan ketiga Terbuka Australia, Jumaat.

MELBOURNE: Juara bertahan dua kali, Novak Djokovic melakukan pukulan servis yang hebat dan bertenaga untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia pada Jumaat.

Pemain kelahiran Serbia itu yang kini dalam usaha untuk merangkul trofi keempatnya pada kejohanan tersebut menewaskan Radek Stepanek dari Republik Czech, 6-4, 6-3, 7-5 dalam masa dua jam 22 minit di Rod Laver Arena.

Pemain pilihan utama itu akan bertemu sama ada Sam Querrey dari Amerika Syarikat (AS) atau Stanislas Wawrinka (Switzerland) dalam kelompok 16 pemain terbaik pada Ahad.

"Radek kelihatan terhibur pada pertemuan ini. Anda dapat lihat dia bermain dengan begitu gembira.

"Dia bermain dengan skil tertinggi. Kelebihan itu membuatkannya istimewa daripada pemain lain," kata Djokovic.

Sementara itu, Djokovic amat menyanjungi corak permainan Stepanek yang sentiasa berjuang sehingga set ketiga.

"Dia adalah pesaing yang kuat. Langkah dan pukulan begitu bertenaga, jarang dimiliki kebanyakan pemain pada hari ini," katanya.

Artikel Lain