suria

United Tewaskan Liverpool 2-1

Vidic menjaringkan gol kemenangan pada aksi bertemu Liverpool, Ahad.
Vidic menjaringkan gol kemenangan pada aksi bertemu Liverpool, Ahad.
Vidic menjaringkan gol kemenangan pada aksi bertemu Liverpool, Ahad.

MANCHESTER United makin mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Liverpool 2-1 pada Ahad malam.

Bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie membuka jaringan seawal minit ke-19.

Pasukan kendalian Sir Alex Ferguson menguasai perlawanan dan mengawal pasukan pelawat tanpa memberi ruang untuk The Reds melakukan percubaan berbahaya.

Pada babak kedua perlawanan, pemain pertahanan United, Nemanja Vidic berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-54.

Tiga minit selepas itu, bekas pemain Chelsea yang baru menyarung jersi Liverpool, Daniel Sturridge berjaya menyamakan kedudukan minit ke-57.

Namun selepas itu, kedua-dua pasukan kelihatan semakin sukar untuk menamabah jaringan dan kemenangan 2-1 memihak kepada United.

SENARAI PEMAIN:

Man UNITED: De Gea; Rafael, Vidic, Ferdinand, Evra; Carrick, Cleverley, Kagawa, Welbeck, Young, Van Persie. (Simpanan): Amos, Jones, Valencia, Anderson, Giggs, Smalling, Hernandez.

LIVERPOOL: Reina, Wisdom, Johnson, Agger, Skrtel, Lucas, Gerrard, Allen, Downing, Sterling, Suarez. (Simpnan): Jones, Carragher, Henderson, Sturridge, Borini, Shelvey, Robinson.

Artikel Berikut

Chong Wei Juara Terbuka Korea

Artikel Lain