Nicol Buka Langkah Kanan Dalam Siri Dunia Akhir 2013 - Sukan | mStar

Nicol Buka Langkah Kanan Dalam Siri Dunia Akhir 2013

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David melepasi halangan pertama Siri Dunia Akhir 2013 apabila menang mudah dalam perlawanan kumpulan di London, Rabu.

Pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-7, 11-4 dalam perlawanan pertamanya dalam Kumpulan A di The Queens Club.

Perlawanan pada kejohanan itu ditentukan dalam tiga set.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Laura Massaro dari England mengatasi Natalie Grinham dari Belanda 11-8, 11-8.

Nicol akan menentang Massaro dalam perlawanan kedua kumpulan pada Khamis.

Pada perlawanan Kumpulan B, empat pemain akan bertarung sesama sendiri iaitu Raneem El Weleily, Nour El Sherbini, kedua-dua dari Mesir, Jenny Duncalf (England) dan pemain Perancis, Camille Serme. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Liverpool Lonjak Ke Tangga Kelapan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain