Perlis Yakin Mampu Lonjak Ke Kelompak Terbaik Liga Premier - Sukan | mStar

Perlis Yakin Mampu Lonjak Ke Kelompak Terbaik Liga Premier

KANGAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yakin pasukan negeri akan mampu melonjak pada kelompok terbaik pada saingan Liga Premier yang akan bermula minggu depan sekiranya bebas daripada gangguan bookie.

Beliau berkata kehadiran bookie mencetus jenayah dalam sukan bola sepak dan Perlis yang masih dibayangi masalah rasuah bola sepak musim lalu akan berusaha membebaskan diri daripada gejala itu pada musim ini.

"Pemain tidak harus sembunyikan diri jika mereka didatangi bookie. Beritahu saya berapa yang bookie tawarkan, saya akan bayar lebih tinggi daripada bookie tapi pemain tu perlu direhatkan seketika daripada perlawanan," katanya.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, beliau yakin cara itu akan membolehkan beliau memerangkap bookie yang didakwanya telah menyebabkan Perlis kecundang pada musim lalu.

"Perlis boleh bermain cemerlang jika perlawanan bersih dan bebas daripada gangguan bookie," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas persiapan pasukan itu musim ini, di sini Selasa.

Beliau berkata pasukan Perlis kini lebih bertenaga dan antara cita-cita utama ialah meletakkan Perlis sebagai juara Liga Premier musim ini.

Katanya walaupun berada dalam kelompok Liga Premier namun pasukan itu perlu beraksi seperti berada dalam saingan Liga Super.

"Kami bayar gaji sama seperti pemain Liga Super dan semestinya mereka kena beraksi seperti pasukan dalam Liga Super," katanya.

Mengenai Stadium Utama Kangar yang sedang mengalami proses pembaikan, Shahidan berkata pihaknya mungkin akan berunding dengan pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menggunakan stadium pihak berkuasa itu.

Mengenai senarai pemain pasukan Perlis, Shahidan berkata pihaknya telah mendapatkan dua pemain import dari Ghana iaitu Antwi Dennis Agyare dan Okine Emmanuel Ayaah yang sebelum ini bermain dengan pasukan Kelantan.

Perlis turut dibarisi Mohd Zahid Mohamed, Suvinart a/l Shian, Syed Amir Syaffiq Syed Zainal Abidin, Hadi Syahmi Hamzah, Abdul Aliff Alias, Muhammad Atif Hanif, Muhd Nasri Ahmad Thauhid, Hizbullah Awang, Ahmad Faizal Sumar, Mohamad Afizuddin Ali, Mohd Afiq Akmal Zunaidi, Mohd Hanif Mohd Noor, Romdhizat Jamian, Syed Mohd Ghafar Syed Amir, Mohd Nurfirdaus Roswanan, Md Badrul Hisani Abd Rahman, Muhammad Hardi Ahmad, Farouk Hashim, Mohd Azrul Hafiz Mohd Amran, Ahmad Amizul Md Akhir, Muhd Shahruddin Ismail dan Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain