suria

Suzuki Intai Aksi MotoGP 2014

Pasukan Suzuki dijangka akan kembali ke litar pada tahun 2014.
Pasukan Suzuki dijangka akan kembali ke litar pada tahun 2014.
Pasukan Suzuki dijangka akan kembali ke litar pada tahun 2014.

PASUKAN Suzuki kembali mengintai aksi MotoGP 2014 dan dijangka akan mengadakan ujian pada musim depan.

Pengeluar Jepun itu menarik diri dalam kelas premier pada tahun 2011 selepas mengalami masalah kewangan sekaligus menamatkan rekod 37 tahun penglibatan mereka dalam dunia perlumbaan ini.

Bos Dorna (pemegang hak permotoran dunia), Carmelo Ezpeleta berkata dalam satu kenyataan pada Selasa: "Mereka ada mengemukakan cadangan itu kepada kami bagi memberi kebenaran untuk mengadakan ujian pada tahun depan dan sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin akan melihat mereka beraksi pada tahun 2014."

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak terlalu ketat untuk memberi lampu hijau kepada Suzuki kerana yakin dengan kredibiliti mereka.

"Tidak ada apa yang diputuskan lagi setakat ini, namun ia bukanlah isu besar. Kami mempunyai tiga pengeluar setakat ini iaitu Honda, Yamaha dan Ducati.

"Jika Suzuki berjaya kembali ke litar, ia menjadikan jumlah pengeluar Jepun empat pasukan dan ia akan menjadi sama dengan Formula 1, jadi ia bukanlah masalah kepada kami.

"Apa yang penting, mereka memerlukan perlumbaan yang lebih kompetitif," jelasnya.

MotoGP 2014, Suzuki, Carmelo Ezpeleta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain