suria

Edin Dzeko Jaringkan Gol Ke-6 Dari Bangku Simpanan Musim Ini

EDIN DZEKO benci gelaran 'supersub" yang diberikan kepadanya tetapi pemain Bosnia itu sekali lagi membuktikan kepada para peminat Manchester City kenapa mereka tidak boleh melepaskannya pergi ke kelab lain.

Dalam perlawanan menentang Tottenham awal pagi tadi, gol jaringan Dzeko iaitu yang keenam dari bangku simpanan musim ini telah menjamin kedudukan City dengan rekod tanpa kalah musim ini - sekaligus mengekalkan status satu-satunya pasukan yang masih belum mampu ditewaskan mana-mana pasukan setakat ini.

City menumpaskan Spurs 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Dzeko menjaringkan gol kemenangan City pada minit ke-88.

Sebelum itu, gol Sergio Aguero pada minit ke-65 telah menyamakan kedudukan 1-1 selepas Spurs mendahului melalui jaringan Steve Caulker pada minit yang ke-21.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain