suria

Tiket Piala AFF-Suzuki Dijual Mulai 23 November

KUALA LUMPUR: Tiket bagi perlawanan bola sepak Piala AFF-Suzuki akan mula dijual 23 November ini iaitu dua hari sebelum kejohanan berlangsung.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), harga tiket bagi setiap perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

FAM dalam kenyataannya berkata sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Bagi perlawanan akhir, harga tiket ialah RM50 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sementara itu tiket bagi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong pada Rabu ini dan Malaysia berdepan Bangladesh pada Selasa depan di Stadium Shah Alam boleh didapati pada harga RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Tiket akan mula dijual mulai pukul 5 petang pada hari perlawanan yang kedua-dua perlawanan bermula pukul 8.45 malam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain