suria

Sepanyol Menang Besar 4-0 Atas Belarus

MINSK: Juara dunia dan Eropah, Sepanyol memastikan saingan yang mantap untuk bertemu Perancis, Selasa depan dengan membelasah Belarus 4-0 pada saingan kelayakan Kumpulan I Piala Dunia 2014, awal pagi Sabtu dengan Pedro Rodriguez melakukan hatrik.

Sepanyol tidak menunggu lama untuk merobek gawang lawan menerusi jaringan Jordi Alba seawal minit ke-12. Kira-kira 10 minit kemudian tiba giliran Pedro untuk meledak untuk menjadikan kedudukan 2-0 tamat separuh masa pertama.

Penyerang Barcelona itu sekali lagi menggegarkan jaring gol lawan pada minit ke-69 dan minit ke-72 menerusi gandingan dengan rakan sepasukan Xavi.

Perlawanan pagi tadi juga menyaksikan penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres dan penyerang Barcelona, David Villa hanya diletakkan di bangku simpanan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain