suria

Blackburn Azam Pikat Bekas Kapten Tim Sherwood Sebagai Pengurus Baru

BLACKBURN ROVERS yang kini tidak memiliki pengurus khabarnya akan membuat tawaran £1 juta dalam bentuk bonus kepada Pengarah Teknikal Tottenham Hotspurs, Tim Sherwood jika beliau berjaya membawa kelab berkenaan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Tawaran tersebut tidak termasuk kontrak dua tahun bernilai £2 juta untuk berkhidmat sebagai pengurus baru Blackburn.

Akhbar The Sun UK melaporkan, Blackburn sudah bersedia untuk membuat tawaran kali kedua kepada Sherwood.

Masalah Sherwood, 43, sekarang ialah dia baru sahaja menandatangani penyambungan kontrak selama empat tahun bersama Spurs - juga bernilai £1 juta semusim.

Sherwood menjadi pilihan Blackburn kerana dia pernah bermain untuk kelab itu malah mengemudi Blackburn sebagai kapten menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 1995 sekaligus meletakkannya dalam status lagenda di kalangan peminat tegar kelab.

Malangnya Blackburn kini memasuki era kemalapan selepas disingkirkan dari Liga Perdana musim lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain