suria

Liga Juara-Juara: Ronaldo Kecewakan Man City

Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pasukannya ketika menentang Man City pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu.

PENYERANG berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengecewakan Manchester City selepas menjaringkan gol lewat pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara (CL) yang berlangsung Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu.

Pasukan pelawat membuka jaringan pada babak kedua permainan melalui Edin Dzeko minit ke-68 sebelum Marcelo menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Sepuluh minit selepas itu, Aleksandar Kolarov bangkit melakarkan satu lagi gol untuk City, namun dikejar anak buah Jose Mourinho, apabila Karim Benzema mengikat kedudukan seri 2-2.

Namun Ronaldo dengan penuh dramatik memastikan pasukannya menang pada aksi pertama musim ini dengan menjaringkan gol ketiga sebelum wisel penamt dibunyikan.

Artikel Lain