Wenger Enggan Terburu-Buru Sambung Kontrak - Sukan | mStar

Wenger Enggan Terburu-Buru Sambung Kontrak

Arsene Wenger
Arsene Wenger

AESENE Wenger akan sentiasa menjadi tulang belakang Arsenal, namun dia tidak terburu-buru untuk berbincang mengenai kontrak barunya bersama kelab tersebut.

Ketua Eksekutif Gunners, Ivan Gazidis memberi lampu hijau bahawa kelab itu bersedia untuk menawarkan kontrak lebih panjang kepada pengurus kelahiran Perancis itu sebelum kontrak asalnya berakhir pada 2014.

Namun Wenger,62, ternyata tidak terburu-buru untuk berbincang mengenai perkara itu dan apa yang penting baginya sekarang adalah memberi fokus kepada prestasi pasukan.

"Kontrak saya masih lagi berbaki dua tahun. Apa yang penting bagi saya sekarang ialah Southampton dan yakin saya telah memberi komitmen pada kelab ini sejak dulu lagi.

"Buat masa sekarang saya tidak ada 'mood' untuk memikirkan perkara yang masih jauh itu. Kami mahu lakukan yang lebih baik musim ini, itu sahaja," katanya.

Tambahnya: "Saya setia bersama Arsenal. Saya tahu jika saya melaksanakan tugas dengan baik atau tidak.

"Jika saya tidak bagus, saya perlu fikirkan masa depan saya.

"Saya sudah lama berada di kelab ini dan yakin dengan orang-orang yang bekerja di sini, tetapi saya menilai kerja saya dan membuat keputusan sendiri.

"Tempoh dua tahun lagi merupakan satu masa yang lama. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik selagi boleh dan menerima dengan hati terbuka selebihnya.

"Pada tahap umur saya ini, kamu perlu sentiasa menjaga kecergasan serta ada semangat untuk memikul tanggungjawab ini.

"Dan selepas itu barulah kamu boleh membuat keputusan. Saya harap semua ini sudah cukup bijak untuk memiliki prestasi yang baik," jelasnya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Yunus Alif Belum Pasti Masa Depan Bersama T-Team

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain