suria

Terbuka Amerika Syarikat: Djokovic, Roddick Mara Ke Pusingan Keempat

Novak Djokovic
 Novak Djokovic
Novak Djokovic

PEMAIN nombor dua dunia, Novak Djokovic mengetepikan pemain Perancis, Julien Benneteau straigh set untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat, awal pagi Isnin.

Juara bertahan kejohanan ini menewaskan Benneteau 6-3 6-2 6-2.

Bagaimanapun Djokovic yang kurang diberikan perhatian pada kejohanan ini mengakui nama Roger Federer dan Andy Roddick lebih menjadi sebutan.

"Saya telah mengalami situasi itu dalam karier saya, sama ada diberi perhatian ataupun tidak. Saya cuba untuk tidak mengambil berat mengenai perkara ini.

"Situasai ini akan datang dan pergi. Ia adalah perkara normal dalam sukan. Jelas sekali tumpuan kepada Andy kerana akan bersara, jadi semua orang teruja untuk melihat dia bermain kali terakhir.

"Tetapi saya telah bermain dengan baik pada kejohanan ini sejak lima tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Roddick yang mengumumkan akan bersara selepas kejohanan ini tamat, berjaya meneruskan aksinya dengan menewaskan pemain Australia, Bernard Tomic, manakala kalahkan Fabio Fognini pada pusingan ketiga.

Pada aksi berikutnya, Roddick bakal bertemu dengan pemain nombor tujuh dunia dari Argentina, Juan Martin del Potro bagi penentuan ke saingan suku akhir.

Artikel Berikut

Arsenal Benam Liverpool 2-0

Artikel Lain