Sukan Tomoi Mungkin Dipertanding Di Peringkat Olimpik - Sukan | mStar

Sukan Tomoi Mungkin Dipertanding Di Peringkat Olimpik

ALOR SETAR: Persatuan Muay Malaysia (PMM) dan beberapa persatuan muay dari negara Asia sedang berusaha untuk meletakkan acara seni mempertahankan diri itu di peringkat Olimpik.

Presiden PMM, Mohd Noor Amin Kaw Abdullah berkata perkara tersebut mungkin menjadi kenyataan dalam tempoh empat tahun akan datang iaitu pada Olimpik 2016, setelah syarat pertandingan sukan itu dikemaskini.

Beliau berkata pihak penganjur Sukan Olimpik London telah mempelawa untuk diadakan acara pertunjukkan sukan itu.

"Kami mahu ketengahkan sukan muay ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan sukan lain yang dipertandingkan pada kejohanan Olimpik," katanya kepada pemberita.

Mohd Noor Amin yang juga Presiden Kelab Muay Kedah berkata pihaknya bersama persatuan dari negara Asia yang lain akan mengeluarkan peraturan baru untuk pertandingan di Olimpik termasuk memansuhkan aksi 'menghentak kepala lawan' bagi mengelak kecederaan serius kepada peserta. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain