Mohd Adiq Hussainie, Amir Mustafa Galas Cabaran Negara Di Olimpik London

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Pemilihan Berbasikal Lebuh Raya ke Sukan Olimpik Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memutuskan Mohd Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli akan menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik London, bulan depan.

Nama kedua-dua pelumba itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamad di Menara KBS di sini, Jumaat.

"Jawatankuasa ini memutuskan untuk turut menyenaraikan seorang lagi sebagai pelumba simpanan. Pelumba yang dipilih itu ialah Mohd Zamri Salleh.

"Pelumba ketiga (simpanan) ini dipilih sekiranya terjadi sesuatu kepada kedua-dua pelumba yang dipilih itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang turut dihadiri Presiden PKBM Abu Samah Wahab, di pejabatnya di sini.

Mohid berkata, pemilihan Mohd Adiq Hussainie dan Amir Mustafa adalah berdasarkan prestasi semasa mereka dan laporan yang diberikan oleh ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley.

"Pemilihan kedua-dua pelumba itu mengambil kira kebolehan mereka untuk berlumba dalam jarak sejauh 250km. Acara berbasikal lebuh raya pada Sukan Olimpik London turut melibatkan pendakian yang ketinggian gradiannya antara empat dan enam peratus," katanya.

Mengenai sasaran yang diletakkan kepada kedua-dua pelumba itu, Mohid berharap kedua-dua mereka akan memberikan saingan terbaik ketika beraksi pada temasya sukan terbesar dunia itu.

"Kalau kita bertanding, semestinya kita hendak menang tetapi untuk mendapatkan pingat di Sukan Olimpik mungkin sukar.

"Kalau tidak menang pun, kita harap mereka berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik dan menjadi yang terbaik dalam kalangan pelumba Asia. Apa yang penting, kedua-dua mereka hendaklah menghabiskan perlumbaan," katanya.

Sementara itu, Beasley berkata, pemilihan pelumba dilakukan dengan begitu teliti dan kedua-dua pelumba yang dipilih itu adalah yang terbaik untuk mewakili Malaysia di Sukan Olimpik London.

"Kami tidak meletakkan keutamaan sama ada atlet itu berpangkalan di Malaysia atau di luar negara. Matlamat utama kami ialah prestasi mereka di luar Malaysia.

"Kedua-dua pelumba ini telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tahun ini terutama pada perlumbaan di Eropah. Mereka mempunyai pengalaman beraksi di Eropah," kata Beasley.

Kedua-dua pelumba berkenaan akan menjalani latihan fasa akhir di Belgium bermula 28 Jun ini, bersama pelumba trek sebelum berlepas ke London.

Ketika latihan fasa akhir itu juga, Mohd Adiq Hussainie dan Amir Mustafa dijadual mengambil bahagian dalam dua perlumbaan di Cottbus dan Cologne di Jerman. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain